Sunday, 26 January 2014

Anugerah Juara Lagu 28

Assalamu'alaikum..

       Ha! Semalam korang tengok tak TV3 pukul 9 malam semalam? Ada Anugerah Juara Lagu kan? Best kan? Ha... Buat pengetahuan korang semua,aku masa tengok AJL tuh,aku menjerit "Hyper Act!!!!" kuat-kuat! Tah angin monsun mana tah yang rasuk aku sampai boleh jadi macam tu. Tapi memang serius aku sokong Hyper Act. Kenapa aku sokong? Sebab Hyper Act ni,bagi aku diorang ni sporting dan lagi satu sebab aku tak tahu,hehehhe.





Haa... Gempak tak? Gempak tak? Haaa kalau ada sesiapa yang tak tengok AJL nih,memang aku kata rugilah. Sebab memang best tan mucho! Oh ya,semalam baru aku tahu yang Black baru balik dari umrah ke haji tah kan? Patut ah dibotakkan rambutnya. Dan baru aku tahu juga semalam,yang Noh Salleh akan bertolak untuk menunaikan umrah pada hari ni! Amagash!! Ramainya yang pergi umrah! Aku bila? Yang tu inshaa allah aku akan pergi dengan family aku bila dah cukup duit suatu hari nanti.






Ok,yang gambar atas tuh adalah pemenang tempat ketiga Anugerah Juara Lagu 28,lagu dia..Kalau aku kaya......Kalau aku kaya....Uwooooow..Haaa,cer nyanyi skit. Sedap tak? Jangan sampai hujan sudeh. Masa pemenang tempat ketiga diumumkan,aku tengok Altimet dan Awi Rafael kemain gembira lagi,Altimet siap sujud sukur kat situ juga. Lepas tu,bila nak amik hadiah tu,dia menjerit kegembiraan! Dah macam pemain bola yang berjaya menjaringkan gol pula aku tengok,tapi syoklah tengok dia buat macam tuh.




Ha... Yang ni juara dia,Bahagiamu Deritaku Hafiz! Dia dah sapu bape banyak dah,hebat lah! Hmmm memang mulut masing betul kawan aku nih. Mula-mula kitorang berdebat dekat Whatsapp,siapa akan menang AJL kali ni. Dia sokong Hafiz,dia kata Hafiz akan bolot semua! Aku pula kata Hyper Act Go je,asalkan menang.. Ngehehehehe. Last-last,dah hampir semua Hafiz sapu. Mulalah kawan aku sorang tu bangga yang mulut dia masin. Ayyaaaa!




Okey,yang nih Hyper Act yang aku tan mucho dan yang aku sokong sangat-sangat sampai kat FB,Wechat dan Whatsapp aku cerita. Diorang menang naib juara yo! Ha,kau! Mulut akupun masin juga tau! Ha,buat pengetahuan korang semua,masa diorang diumukan tempat naib juara. Aku dah macam orang gila dah duk menjerit "Hyper Act aku menang!! Menang weyh! Menang!" kat depan TV sensorang. Family aku yang lain semua dah bersiap sedia untuk tidur dah. Ada yang dah tidur dah pun. Aku je yang mencelik. Tapi memang serius lah aku gembira sangat! Tan mucho!




Okey itu ajelah 'laporan' aku pada hari ini. Takpe-takpe,inshaa allah kalau Hyper Act tercalon lagi dalam Anugerah Juara Lagu akan datang nanti. Aku dengan Hyper Act aku akan bawa 'machine gun' yang lebih banyak lagi okey. Wassalam!

p/s: Korang perasan tak dekat tajuk yang Hyper Act nyanyi semua mula huruf H? Hanya aku dan Harapan. Mungkin sebab group diorang punya nama mula huruf H diorang pun guna huruf H tak? Hesh! Memandai je aku nih!

                                                         #Aidios#

Saturday, 25 January 2014

Kisah Semalam ==

Assalamu'alaikum

    Wush!! Dapat jugak aku melepaskan rindu aku kat cikgu-cikgu aku dan kawan-kawan sesekola rendah aku dulu! Ya Allah rindu sangat! Dah lama aku tak berinteraksi gaya best-best dengan diorang semua. Hesh!!!! Rindu! Tak puas lagi tahu tak!! Dah kenapa aku macam nih,tak cerita lagi dah jadi macam beruk dah =='' ,ok cerita dia macam nih...


cerita dia mcm nih,aku dengan memeber aku asyira dan syafira pergilah dekat SKTS iaitu sekolah rendah aku dulu.
Kenapa aku pergi sekolah tu? Sebab sekolah aku mengadakan mesyuarat PIBG dan penyampaian hadiah bagi yang mendapat keputusan 5A UPSR. Aku mana dapat,sebab aku dapat 4A 1B je,dulu masa guru besar yang lama dulu dapat tapi guru besar sekarang,tak dapat pon! Nak menjimatkan kos lah katakan. Jealous? Jealous tu adalah jugak tapi simpan di dalam hati aje,jeling-jeling jugalah tengok kawan-kawan aku semua tu dapat hadiah.


Bila aku datang balik kat sekolah aku semalam,aku tengok ada jugalah perubahan yang terjadi kat sekolah lama aku tu. Contohnya kantin dah tukar orang baru,makanannyapun agak mahal jugalah. Suasanapun dah lain,cat yang dulunya berwarna pink,dah ditukarnya warna hijau. Dulu kat kantin tak ada TV,sekarang dah ada bape ketol dah tertenggek kat dinding. Hutan-hutan yang ada kat sebelah padang,habis botak sebab nak dibuat dewan. Mak aihhhh,,,banyak juga perkara yang terjadi selama aku dah masuk alam sekolah menengah nih. Ekk??


Oh ya,lupa aku nak bagitau kat korang,yang wanita yang memakai baju kurung berwarna biru tu adalah guru kesayangan aku dan member-member 6 Dahlia 2013,dia juga adalah guru kelas kitorang yang mengajar dan menjadi guru kelas kitorang selama 3 tahun. Dari 4 Dahlia,5 Dahlia dan 6 Dahlia dia jadi guru kelas kitorang. Murid pula sama aje,tapi ada jugalah sorang dua yang bertukar ke kelas lain. Dan aku adalah salah seorang yang menjadi anak murid cikgu Faridah selama 3 tahun. Pecah rekod woo! Buat pengetahuan korang semua,cikgu aku ni dah mengajar selama bape belas ke puluh tahun tah,tapi tak pernah menjadi guru kelas yang mengajar murid yang selama 3 tahun. Sebelum cuti,cikgu aku menangis. Akupun menangis jugalah,juga bape orang murid perempuan kelas 6 Dahlia yang lain. Ada juga sorang lelaki kelas aku,nama dia Adib menangis,hesh anak jantan sungguh!


Ok,gambar bawah nih,budak sebelah aku yang pakai tudung sekolah ni adalah salah seorang daripada mi bueno amigos aku. Dia seorang yang peramah,baik hati,bijak,rajin,anak kesayangan cikgu dan banyak lagilah! Dia juga adalah member sebelah aku kat kelas. Juga anak emak ya.. Buat pengetahuan korang,dia nih adalah mangsa yang selalu kena tadah telinga dengan tanpa relanya untuk mendengar mulut aku yang bercerita pasal bola. Hahaha kejamkan aku? Tapi itulah kenangan aku dan dia,dah tak ada dah pengganti yang aku jumpa dekat sekolah menengah nih. Sedih lah,dia dah masuk sekolah asrama. Aku? Sekolah menengah biasa aje. Huhuhuhu...


Itulah benda yang aku nak post hari ni,semoga kita berjumpa lagi inshaa allah. Bye assalamu'alaikum.

                                                          #AdiosMiAmigos!#

Thursday, 16 January 2014

Happy New Year!

Assalamu'alaikum..

       Selamat tahun baru! Semoga tahun ni,kita dimurahkan rezeki dan panjang umur... Oh ya,,baru-baru ni kan ada sambutan maulidur rasul,jadi tak terlambat lah nak ucapkan salam maulidur rasul kan? Okay,saya mengucapkan salam maulidur rasul kepada semua orang islam di seluruh dunia ni,perbanyakkanlah berselawat keatas junjungan nabi Muhammad SAW. Haaa,,cantik ayat tuh.

   Tiba-tiba,rasa rindu lak kat sekolah rendah. Nak kembali pada tahun lepas,time tu aku masih budak kelas 6 Dahlia yang awesome sangat! Segala suka,duka,pahit dan manis kitorang kongsi bersama. Akupun rindukan cikgu Faridah aku yang cantik & manis tuh. Juga kat teacher selvi, teacher Fazidah, dan semua cikgu-cikgu SKTS. Alhamdulillah,walaupun keputusan UPSR aku taklah dapat sepenuh-penuhnya A,hanya dapat 4A 1B sahaja,tapi aku tetap bersyukur sebab usaha keras aku selama ni tak sia-sia.

   Aku ingat lagi,masa tu bulan SEPTEMBER, time 2 minggu sebelum peperiksaan UPSR barulah aku terkocoh-kocoh nak buat ulang kaji lah apelah. Lepastu, seminggu sebelum UPSR lak,baru aku STOP bukak FB sebab nak tumpukan 100% untuk UPSR. Tapi bukannya 100% pun,hanya 80% sahaja,sebab 10% lagi aku tumpukan kepada solat 5 waktu sehari semalam,solat hajat dan doa,takkanlah tak solat kot kan? Baki 10% lagi,aku tumpukan kepada bola,bulan 9 hari tu kan ada PESTA BOLA MERDEKA ,harus ah aku tengok. Aku kan fans tegar bola,,hehehehe.

   Buat pengetahuan korang semua,aku ni memang tak pernah terlepas tengok pesta bola merdeka tau,haaa juara pesta bola merdeka ialah.... Mestilah Harimau Muda Malaysia yang macho lagi stylo tuh. Yang macho itukan MALAYSIA.. Hua hua hua hua.....

   Hesh! Lari topiklah aku nih,tulah.. Aku ni jenis yang kalau cerita pasal bola je,mesti lupa apa topik yang sedang dibincangkan. Maklumlah,aku nikan EL PRECIOSO S.A.B.A.R hahahahahhahaha! Kembali kepada topik kita tadi,aku sebenarnya rasa agak janggal jugalah bila dah masuk ke tingkatan 1 ni. Dah masuk alam remaja lah katakan,bak kata iklan ape tah tu... "SAYA DAH BESAR''. Aku masuk 1B,1 Bestari,kelas yang ke dua,tapi kalau masukkan sekali kelas KRK dan KAA tak tau lah yang keberapa. Aku sebenarnya malas nak masuk kelas KRK dan KAA,sebab malas nak datang awal ke sekolah. Lagi satu,kalau aku masuk kelas KAA atau KRK,mestilah ada yang kata "Budak tu pandai,memang patut lah masuk kelas yang pandai-pandai,,kita ni manalah sepandai dia tu kan.." Minta simpanglah kalau benda tu terjadi,aku tak suka kalau ada orang yang rendah kan diri dengan cara macam tu,entah lah aku tak suka kalau ada orang yang cakap macam tu,aku sendiripun kalau cakap macam tu memang nak kena hempuk kepala kat meja kuat-kuat lah. Biarlah ada orang yang lagi pandai daripada kita,jangan pandang rendah keatas kebolehan diri kita,kita juga boleh jadi pandai macam diorang juga asalkan kita berusaha. Allah itukan maha adil,walaupun muka kita buruk ke cantik ke apa ke,,kita masih ada otak dan mempunyai akal kan? So,jangan lah duk serabutkan kepala korang dengan benda semua nih. Bikin kusut aje tahu tak? Jadilah orang yang berfikiran positif,rajin-rajinkanlah ya!

   Tu dia,pabila si S.A.B.A.R berkata-kata. Panjang berjela aku bercerita,jenuh orang nak membacanya. Okeylah,sampai di sini sahajalah 'laporan' aku pada hari ini ya,inshaa allah kita akan berjumpa lagi di masa akan datang bye!

                         #SYS~SEE YOU SOON#