Thursday, 16 January 2014

Happy New Year!

Assalamu'alaikum..

       Selamat tahun baru! Semoga tahun ni,kita dimurahkan rezeki dan panjang umur... Oh ya,,baru-baru ni kan ada sambutan maulidur rasul,jadi tak terlambat lah nak ucapkan salam maulidur rasul kan? Okay,saya mengucapkan salam maulidur rasul kepada semua orang islam di seluruh dunia ni,perbanyakkanlah berselawat keatas junjungan nabi Muhammad SAW. Haaa,,cantik ayat tuh.

   Tiba-tiba,rasa rindu lak kat sekolah rendah. Nak kembali pada tahun lepas,time tu aku masih budak kelas 6 Dahlia yang awesome sangat! Segala suka,duka,pahit dan manis kitorang kongsi bersama. Akupun rindukan cikgu Faridah aku yang cantik & manis tuh. Juga kat teacher selvi, teacher Fazidah, dan semua cikgu-cikgu SKTS. Alhamdulillah,walaupun keputusan UPSR aku taklah dapat sepenuh-penuhnya A,hanya dapat 4A 1B sahaja,tapi aku tetap bersyukur sebab usaha keras aku selama ni tak sia-sia.

   Aku ingat lagi,masa tu bulan SEPTEMBER, time 2 minggu sebelum peperiksaan UPSR barulah aku terkocoh-kocoh nak buat ulang kaji lah apelah. Lepastu, seminggu sebelum UPSR lak,baru aku STOP bukak FB sebab nak tumpukan 100% untuk UPSR. Tapi bukannya 100% pun,hanya 80% sahaja,sebab 10% lagi aku tumpukan kepada solat 5 waktu sehari semalam,solat hajat dan doa,takkanlah tak solat kot kan? Baki 10% lagi,aku tumpukan kepada bola,bulan 9 hari tu kan ada PESTA BOLA MERDEKA ,harus ah aku tengok. Aku kan fans tegar bola,,hehehehe.

   Buat pengetahuan korang semua,aku ni memang tak pernah terlepas tengok pesta bola merdeka tau,haaa juara pesta bola merdeka ialah.... Mestilah Harimau Muda Malaysia yang macho lagi stylo tuh. Yang macho itukan MALAYSIA.. Hua hua hua hua.....

   Hesh! Lari topiklah aku nih,tulah.. Aku ni jenis yang kalau cerita pasal bola je,mesti lupa apa topik yang sedang dibincangkan. Maklumlah,aku nikan EL PRECIOSO S.A.B.A.R hahahahahhahaha! Kembali kepada topik kita tadi,aku sebenarnya rasa agak janggal jugalah bila dah masuk ke tingkatan 1 ni. Dah masuk alam remaja lah katakan,bak kata iklan ape tah tu... "SAYA DAH BESAR''. Aku masuk 1B,1 Bestari,kelas yang ke dua,tapi kalau masukkan sekali kelas KRK dan KAA tak tau lah yang keberapa. Aku sebenarnya malas nak masuk kelas KRK dan KAA,sebab malas nak datang awal ke sekolah. Lagi satu,kalau aku masuk kelas KAA atau KRK,mestilah ada yang kata "Budak tu pandai,memang patut lah masuk kelas yang pandai-pandai,,kita ni manalah sepandai dia tu kan.." Minta simpanglah kalau benda tu terjadi,aku tak suka kalau ada orang yang rendah kan diri dengan cara macam tu,entah lah aku tak suka kalau ada orang yang cakap macam tu,aku sendiripun kalau cakap macam tu memang nak kena hempuk kepala kat meja kuat-kuat lah. Biarlah ada orang yang lagi pandai daripada kita,jangan pandang rendah keatas kebolehan diri kita,kita juga boleh jadi pandai macam diorang juga asalkan kita berusaha. Allah itukan maha adil,walaupun muka kita buruk ke cantik ke apa ke,,kita masih ada otak dan mempunyai akal kan? So,jangan lah duk serabutkan kepala korang dengan benda semua nih. Bikin kusut aje tahu tak? Jadilah orang yang berfikiran positif,rajin-rajinkanlah ya!

   Tu dia,pabila si S.A.B.A.R berkata-kata. Panjang berjela aku bercerita,jenuh orang nak membacanya. Okeylah,sampai di sini sahajalah 'laporan' aku pada hari ini ya,inshaa allah kita akan berjumpa lagi di masa akan datang bye!

                         #SYS~SEE YOU SOON#

No comments:

Post a Comment