Saturday, 25 January 2014

Kisah Semalam ==

Assalamu'alaikum

    Wush!! Dapat jugak aku melepaskan rindu aku kat cikgu-cikgu aku dan kawan-kawan sesekola rendah aku dulu! Ya Allah rindu sangat! Dah lama aku tak berinteraksi gaya best-best dengan diorang semua. Hesh!!!! Rindu! Tak puas lagi tahu tak!! Dah kenapa aku macam nih,tak cerita lagi dah jadi macam beruk dah =='' ,ok cerita dia macam nih...


cerita dia mcm nih,aku dengan memeber aku asyira dan syafira pergilah dekat SKTS iaitu sekolah rendah aku dulu.
Kenapa aku pergi sekolah tu? Sebab sekolah aku mengadakan mesyuarat PIBG dan penyampaian hadiah bagi yang mendapat keputusan 5A UPSR. Aku mana dapat,sebab aku dapat 4A 1B je,dulu masa guru besar yang lama dulu dapat tapi guru besar sekarang,tak dapat pon! Nak menjimatkan kos lah katakan. Jealous? Jealous tu adalah jugak tapi simpan di dalam hati aje,jeling-jeling jugalah tengok kawan-kawan aku semua tu dapat hadiah.


Bila aku datang balik kat sekolah aku semalam,aku tengok ada jugalah perubahan yang terjadi kat sekolah lama aku tu. Contohnya kantin dah tukar orang baru,makanannyapun agak mahal jugalah. Suasanapun dah lain,cat yang dulunya berwarna pink,dah ditukarnya warna hijau. Dulu kat kantin tak ada TV,sekarang dah ada bape ketol dah tertenggek kat dinding. Hutan-hutan yang ada kat sebelah padang,habis botak sebab nak dibuat dewan. Mak aihhhh,,,banyak juga perkara yang terjadi selama aku dah masuk alam sekolah menengah nih. Ekk??


Oh ya,lupa aku nak bagitau kat korang,yang wanita yang memakai baju kurung berwarna biru tu adalah guru kesayangan aku dan member-member 6 Dahlia 2013,dia juga adalah guru kelas kitorang yang mengajar dan menjadi guru kelas kitorang selama 3 tahun. Dari 4 Dahlia,5 Dahlia dan 6 Dahlia dia jadi guru kelas kitorang. Murid pula sama aje,tapi ada jugalah sorang dua yang bertukar ke kelas lain. Dan aku adalah salah seorang yang menjadi anak murid cikgu Faridah selama 3 tahun. Pecah rekod woo! Buat pengetahuan korang semua,cikgu aku ni dah mengajar selama bape belas ke puluh tahun tah,tapi tak pernah menjadi guru kelas yang mengajar murid yang selama 3 tahun. Sebelum cuti,cikgu aku menangis. Akupun menangis jugalah,juga bape orang murid perempuan kelas 6 Dahlia yang lain. Ada juga sorang lelaki kelas aku,nama dia Adib menangis,hesh anak jantan sungguh!


Ok,gambar bawah nih,budak sebelah aku yang pakai tudung sekolah ni adalah salah seorang daripada mi bueno amigos aku. Dia seorang yang peramah,baik hati,bijak,rajin,anak kesayangan cikgu dan banyak lagilah! Dia juga adalah member sebelah aku kat kelas. Juga anak emak ya.. Buat pengetahuan korang,dia nih adalah mangsa yang selalu kena tadah telinga dengan tanpa relanya untuk mendengar mulut aku yang bercerita pasal bola. Hahaha kejamkan aku? Tapi itulah kenangan aku dan dia,dah tak ada dah pengganti yang aku jumpa dekat sekolah menengah nih. Sedih lah,dia dah masuk sekolah asrama. Aku? Sekolah menengah biasa aje. Huhuhuhu...


Itulah benda yang aku nak post hari ni,semoga kita berjumpa lagi inshaa allah. Bye assalamu'alaikum.

                                                          #AdiosMiAmigos!#

No comments:

Post a Comment